Berita Semasa

2 penuntut Universiti Seoul lemas ketika berkelah di Lubuk Kain

DUNGUN – Dua penuntut universiti ditemukan lemas ketika mandi bersama lima rakan mereka di kawasan air terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun di sini semalam.

Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Noor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan penduduk Kampung kira-kira jam 1.45 petang.

Muhammad Danial Danish beralamat di Taman Astana View, Kuantan manakala Nor Mukhriz dari Perumahan Guru, Felda Bukit Kuantan.

Kedua-dua mangsa adalah penuntut University of Seoul, Korea dan dikatakan sudah dua minggu pulang bercuti ke rumah mereka di Kuantan.

Rakan mangsa, Mohd Azim Azad, 20, berkata, dia bersama dua mangsa dan empat lagi rakan pergi berkelah sambil mandi di kawasan air terjun berkenaan.

Katanya, mereka bertolak dari Kuantan kira-kira jam 8 pagi dan mula mandi di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 petang.

“Ketika mandi, kami bertiga dihanyutkan arus kuat dan mereka sempat pegang tangan saya namun keadaan arus yang kuat menyebabkan kedua-duanya terlepas daripada pegangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Noor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan penduduk Kampung kira-kira jam 1.45 petang.

Katanya, dua rakannya itu tenggelam ke dasar namun dia bernasib baik apabila sempat mencapai pelampung yang dilempar seorang penduduk.

“Saya bersyukur terselamat dalam kejadian itu namun saya sedih kerana gagal menyelamatkan dua rakan saya itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa ditemukan penduduk kampung yang turut membantu operasi pencarian pada kedalaman kira-kira 10 meter dari permukaan air tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut

“Keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berhubung dengan kejadian itu dan sudah berada di Unit Forensik Hospital Dungun,” katanya.

Dalam kejadian 12 Mei tahun lalu, dua pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) ditemui lemas ketika mandi di tempat yang sama kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Show More

Related Articles

Back to top button