Berita SemasaBisnes & Ekonomi

142,510 Individu Keluar dari Masalah Bankrap – Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan seramai 142,510 individu telah berjaya dilepaskan daripada status bankrap, melampaui sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya.

Anwar berkata, kejayaan ini menunjukkan usaha berterusan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memberikan peluang kedua kepada individu yang terjejas, membolehkan mereka untuk meneruskan kehidupan dan memulihkan semula perniagaan mereka.

“Daripada lebih 142,500 individu, syarikat, dan keluarga yang sebelum ini dalam keadaan tidak menentu, kini mereka dapat kembali menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga berkata bahawa ini adalah pencapaian terbesar dalam sejarah Malaysia sejak merdeka.

“Saya tegaskan, sejak merdeka sampai sekarang, belum pernah ada kerajaan yang dapat melepaskan seramai ini,” katanya lagi.

Majlis Sambutan 100 tahun Jabatan insolvensi tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalannya M Kulasegaran, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, serta Ketua Pengarah Insolvensi Bakri Abd Majid.

Keputusan ini diharapkan dapat memberikan dorongan baru kepada mereka yang terjejas untuk bangkit semula dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Show More

Related Articles

Back to top button