Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Remaja diejek rakan sekolah sudah kembali ke pangkuan keluarga

SUNGAI PETANI – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai meninggalkan rumahnya kerana sering diejek rakan sekolah dilaporkan sudah pulang ke pangkuan keluarga di Taman Cempaka, Bukit Selambau di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi berkata, remaja yang hilang sejak 2 Julai lalu itu kini selamat bersama ahli keluarga.

“Remaja berkenaan sudah pulang ke rumahnya pada pukul 4 petang semalam,” katanya.

Remaja berkenaan, Nurshazlyna Rosidi sebelum ini dilaporkan hilang oleh ayahnya Rosidi Hanfi, 47, dipercayai kerana merajuk akibat sering diejek di sekolah.

Nurshazlyna dikatakan mengalami tekanan kerana sering diejek mengenai bentuk badannya.

Show More

Related Articles

Back to top button