Berita Semasa

Penguat kuasa Maritim Malaysia akan guna kamera badan ketika bertugas

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaksanakan pemakaian kamera badan (body worn camera) ketika bertugas kepada anggota penguat kuasanya.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, langkah itu adalah bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), penguat kuasa yang melaksanakan tugas di lapangan ketika bertugas.

“Sebagai permulaan ia digunakan oleh penguat kuasa Maritim Malaysia yang mengiringi wang milik Bank Simpanan Nasional (BSN) ke Pulau Tioman sebelum pelaksanaannya diperluaskan setelah proses perolehan diluluskan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim

Saiful Lizan berkata demikian bagi menyahut hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menekankan agar jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan penerapan integriti kepada seluruh warga jabatan masing-masing ketika beliau berucap sempena Perhimpunan Bulanan KDN di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai hasrat itu Saiful Lizan memaklumkan Maritim Malaysia telah menggunakan Mobile Surveillance Unit (MSU) atau Unit Pengawasan Bergerak, yang berfungsi sebagai radar bergerak untuk mengesan aktiviti mencurigakan di perairan negara.

Mobile Surveillance Unit (MSU) atau Unit Pengawasan Bergerak, yang berfungsi sebagai radar bergerak untuk mengesan aktiviti mencurigakan di perairan negara.

Beliau berkata, ia sekaligus menjadi aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) sedia ada.

Show More

Related Articles

Back to top button