Berita Semasa

Malaysia berhasrat bawa rakyat Palestin yang cedera terima rawatan di Hospital Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR – Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang tercedera dan memerlukan perhatian perubatan segera untuk menerima rawatan di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat Palestin yang cedera itu akan diberikan rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Malaysia.

“Hasrat ini kini berada di peringkat akhir kelulusan pihak kerajaan Mesir,” katanya dalam satu hantaran di laman media sosialnya hari ini.

Terdahulu, beliau meraikan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr dalam satu majlis makan malam, sebentar tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr dalam satu majlis makan malam, sebentar tadi.

Selain daripada membincangkan mengenai soal hubungan dan kerjasama pertahanan antara dua negara, ia turut tertumpu kepada perkembangan dan situasi yang sedang berlaku di Palestin.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Mesir atas bantuan yang diberikan untuk melaksanakan inisiatif terbaharu Malaysia membantu rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, katanya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Mesir yang telah membantu menjayakan pembukaan Pejabat Penasihat Pertahanan Malaysia yang ke-27 di Mesir yang telah mula beroperasi sejak Jun lalu.

“Kedua-dua buah negara memberikan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan antara negara, termasuklah melalui perjanjian persefahaman dalam kerjasama pertahanan yang akan dimeterai kelak,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button