Dua remaja cedera ditimpa runtuhan dinding
IPOH – Dua remaja lelaki tercedera selepas terkena serpihan batu bata akibat runtuhan dinding sebuah pasar raya, di sini semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut, pada kira-kira pukul 4.45 petang.
Katanya, runtuhan melibatkan dinding sebelah kanan iaitu bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di sini dan melibatkan sebuah motosikal dinaiki mangsa yang kedua-duanya berumur 15 tahun.
“Kejadian melibatkan dua mangsa yang menaiki motosikal melalui kawasan tersebut, mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan batu bata runtuhan.
“Makluman dari orang awam, mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam dan maklumat mangsa tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 10 Mac lalu, pasar raya tersebut telah terbakar berpunca kerosakan panel pembahagi elektrik di bangunan itu.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune