
ADUN Peramu nafi bertemu wakil PN
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu, Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan laporan beliau bertemu wakil-wakil Perikatan Nasional (PN) untuk merancang perubahan dalam kerajaan Pahang.
Nizar berkata bahawa beliau tetap setia kepada UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri Pahang yang sedia ada.
“Saya bukan seorang pengkhianat politik yang sanggup menjual prinsip dan maruah kepada pembida tertinggi.
“Oleh itu, hentikan menyebarkan fitnah untuk keuntungan politik murahan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Nizar berkata, bapanya sentiasa menasihatkan keluarga agar kekal setia kepada parti walau betapa sukar sekalipun situasi yang dihadapi.
“Adalah mustahil saya bersekongkol untuk mengkhianati parti yang diperjuangkan oleh keluarga saya dan ahli-ahli UMNO lain sejak penubuhannya,” katanya lagi.
Beliau juga menegaskan bahawa adalah mustahil untuk beliau mengkhianati Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sangat dihormati beliau.
“Beliau juga banyak membantu pengundi saya di kawasan Peramu Jaya Pekan. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik hati dan mudah didekati.
“Adalah tidak masuk akal bagi saya, sebagai seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan ADUN mengkhianati beliau sebagai seorang pemimpin dan amanah yang diberikan kepada saya.” katanya lagi.
Beliau memberi maklum balas berkenaan kepada satu hantaran di Facebook yang mendakwa situasi politik kerajaan Pahang kini tidak stabil.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |