Jenayah & Mahkamah

Suspek bunuh Farah Kartini dibawa ke Mahkamah KKB untuk sambung reman

HULU SELANGOR – Suspek lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 15 Julai lalu, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 26 tahun dibawa ke mahkamah untuk sambung reman yang tamat pada hari ini.

Suspek yang memakai baju lokap dan pelitup muka kelihatan tiba pada pukul 9 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, jasad Allahyarham Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, pada kira-kira pukul 6 petang.

Ia susulan penahanan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button