Luar Negara

Protes anti-kuota: Kumpulan pelajar desak kerajaan keluarkan notis baharu

DHAKA – Kumpulan pelajar yang memprotes tindakan kerajaan Bangladesh mengenai kuota baharu bagi perkhidmatan awam mendesak kerajaan supaya mengeluarkan notis baharu mengenai cadangan tersebut.

Laporan agensi Anadolu menyebut, pemimpin pelajar yang terlibat sebagai berkata, kerajaan perlu mematuhi perintah Mahkamah Agung untuk mengurangkan kuota perkhidmatan awam kepada tujuh peratus, termasuk lima peratus untuk keluarga veteran perang.

Sebelum ini, kuota 56 peratus dalam perkhidmatan awam tersebut mencetuskan protes besar-besaran dalam kalangan pelajar, menyebabkan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan kerajaan.

Sejak minggu lalu, jumlah kematian akibat demonstrasi meningkat kepada 143 orang manakala ribuan lagi cedera, menurut sumber kesihatan.

Perintah berkurung masih dikuat kuasa sehingga kini.

Selain itu, sambungan internet turut disekat hingga menyebabkan aliran maklumat dari negara itu telah berkurangan dan kebanyakan media tempatan tidak dapat mengemas kini laman sesawang mereka.

Bagi meredakan kemarahan pelajar, kerajaan membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung semalam, di mana mahkamah memerintahkan kerajaan supaya mengurangkan kuota kepada tujuh peratus dalam perkhidmatan awam.

Namun, para pelajar mendakwa bahawa arahan rasmi mengenai keputusan itu masih belum dikeluarkan.

Show More

Related Articles

Back to top button