Berita SemasaPM X

Awang Bemee mampu angkat martabat Dewan Negara ke tahap lebih tinggi – PM

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Sarawak, yang mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan itu adalah bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lalu.

“Hadir ke Dewan Negara pagi ini bagi pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

“Pengalaman luas beliau, baik di peringkat negeri dan Persekutuan, pastinya mampu mengangkat martabat Dewan Negara ke tahap yang lebih tinggi lagi,” kata Anwar dalam catatan terbaharu menerusi Facebook beliau.

Anwar mengemukan nama Awang Bemee, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button