Berita Semasa

TPM ajak orang ramai meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya hari ini

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru orang ramai menghidupkan semangat kemerdekaan dengan menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berlangsung di Cyberjaya hari ini.

“Sebagai warganegara, semangat patriotik perlu ditanam dalam diri kita semua. Dengan semangat ini, kita dapat memperkukuhkan lagi perpaduan antara sesama kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut mengajak orang ramai memeriahkan majlis yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini.

“Saya berharap ramai yang hadir untuk menyokong dan memeriahkan majlis ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelepasan peserta larian Score Marathon 2024 bagi kategori lima kilometer (km) di Putrajaya.

Katanya, program sehari di Cyberjaya itu bertemakan karnival rakyat yang diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menjelang Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Mengenai acara larian hari ini, Fadillah menyatakan ia adalah program riadah yang sesuai untuk keluarga, di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan santai.

Sebanyak 24,253 pelari mengambil bahagian dalam Score Marathon 2024 yang dianjurkan oleh AIA Vitality.

Acara yang bermula pada pukul 3 pagi tadi melibatkan larian 42 km, 21 km, 10 km, dan lima km.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button