PM dijangka rasmi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 petang ini
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall, di sini, petang ini.
Program karnival rakyat itu bakal diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Berlangsung seawal jam 9 pagi ini, program tersebut bakal dimuatkan dengan pelbagai program bersama masyarakat sebelum acara kemuncak pada yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri pada jam 2 petang.
Turut dijangka hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2024 Fahmi Fadzil serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Antara pengisian majlis pelancaran itu ialah
Karnival Kita Madani X HKHM 2024, Permukiman Komuniti Madani, Program Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani.
Selain itu, Perdana Menteri juga turut dijadualkan melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang melibatkan 65 kenderaan dan 90 peserta sempena sambutan HKHM 2024.
Konvoi itu termasuk empat unit kenderaan
JAPEN, enam unit kenderaan Polis Diraja
Malaysia (satu SUV dan lima motosikal) serta 50 motosikal berkuasa tinggi Kelab Suzuki V-Strom Malaysia akan mengelilingi seluruh negara bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Tema HKHM ialah ‘Malaysia Madani-Jiwa Merdeka’ dengan Logo Malaysia Madani m sebagai logo sambutan telah dipilih bagi sambutan pada tahun ini.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune