Jom Ronda

Cameron Highlands: Sekata Apartment lokasi tepat untuk ‘healing’

CAMERON HIGHLANDS – Pusat peranginan terkenal, Cameron Highlands masih lagi menjadi pilihan utama orang ramai setiap kali cuti hujung minggu panjang dan cuti sekolah.

Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan termasuklah ladang teh di Ringlet, kebun strawberi di Tanah Rata, tempat makan di Taman Sedia, pasar malam di Brinchang dan pasar Kea Farm yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan, sayuran, cenderahati dan makanan ringan.

Sungguhpun begitu, saban minggu kita mendengar berita mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga mengakibatkan pelancong terkandas selama berjam-jam di atas jalan.

Contohnya, perjalanan empat kilometer dari Brinchang ke Kea Farm hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit, namun boleh mencecah sehingga 1 jam 30 minit pada musim cuti.

Sehubungan dengan itu, mereka yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk – pikuk bandar boleh menginap di Sekata Apartment yang terletak di Taman Orkid Deluxe, Ringlet, Cameron Highlands.

Rumah rehat 32 unit berbentuk apartment dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur dan balkoni ini telah mula beroperasi pada 16 Ogos 2017.

Lokasi kedudukan Sekata Apartment ini hanya sekitar 12km hingga 15km ke Tanah Rata menjadikan Sekata Apartment ini tempat yang terbaik untuk berehat jauh dari kesesakan pada hujung minggu di Cameron Highlands.

Sekata apartment ini dibahagikan kepada dua jenis unit iaitu unit standard dan unit premium dimana ianya boleh memuatkan sehingga lima orang tetamu.

Lebih menarik, Sekata Apartment menawarkan harga promosi penginapan bagi sepanjang tahun 2024 iaitu RM228 bagi unit premium dan RM168 bagi unit standard per malam.

Antara kemudahan kelengkapan asas yang disediakan disetiap unit rumah adalah dapur elektrik, ketuhar, Cerek air elektrik, peti ais dan kelengkapan memasak seperti periuk, kuali dan alatan memasak.

Tempahan Sekata Apartment boleh dibuat melalui laman web Booking.com, Agoda, Traveloka dan Airbnb.

Selain itu, bagi mereka yang ingin memesan makanan dari bilik, terdapat Restoran Kenny Rogers Roasters di Sekata Makmur iaitu bangunan yang terletak berdekatan pangsapuri tersebut.

Sekata Makmur menyediakan penyewaan bilik mesyuarat, bilik persidangan, dewan serbaguna dan kemudahan kolam renang di Ringlet dan kawasan sekitar Cameron Highlands.

Ia dilengkapi empat bilik mesyuarat dan empat bilik persidangan yang boleh memuatkan sehingga 100 peserta dalam satu-satu masa bagi memenuhi keperluan sebarang majlis seperti seminar, kursus, mesyuarat dan juga acara persendirian seperti majlis makan malam dan sambutan ulang tahun kelahiran.

Bagi majlis yang melibatkan peserta yang lebih besar, Dewan Serba Guna Sekata Makmur yang terletak di bahagian bumbung boleh memuatkan sehingga 1,000 orang dalam satu-satu masa.

Ianya telah menjadi lokasi beberapa majlis perkahwinan yang ideal untuk semua kaum Melayu, Cina dan India di sekitar Cameron Highlands, khususnya di Ringlet sendiri. Ditambah lagi dengan kemudahan Bilik Persalinan Pengantin, Bilik Menunggu VIP serta Bilik Penyediaan Katering turut juga disediakan di sini.

Kolam renang terbuka yang dilengkapi dengan pemanas air menjadikan kolam renang Sekata Makmur tempat tumpuan dan riadah penduduk sekitar Cameron Highlands.

Bayaran masuk hanya RM5 seorang sehari membuatkan kolam renang Sekata Makmur tempat berkumpul khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Pemandangan bukit-bukau disekitar Taman Orkid Deluxe ini dapat memberikan suatu ketenangan semasa mandi di kolam renang Sekata Makmur.

Dalam pada itu, terdapat juga Sekata Farmasi yang menyediakan ubat-ubatan, barangan keperluan kendiri, barangan kesihatan dan peralatan kecemasan yang sekali gus memenuhi keperluan kesihatan terutamanya di kawasan Ringlet.

Show More

Related Articles

Back to top button