Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemandu e-hailing sudah ditemui, alami masalah kewangan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu ditemukan selamat di Pandamaran, Klang, petang ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan dalam keadaan selamat pada pukul 5.40 petang tadi.

Beliau berkata, hasil temu bual polis mendapati lelaki yang berasal dari Melaka itu berdepan dengan masalah kewangan yang teruk sehingga bertindak memencilkan diri.

“Disahkan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sudah dijumpai oleh sepasukan polis Ampang Jaya di Klang, Selangor sebentar tadi.

“Pihak keluarga lelaki berkenaan juga telah dimaklumkan. Kenyataan penuh akan dikemukakan selepas laporan penemuan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menerima laporan kehilangan Syahrul Asyraf sejak Ahad lalu dan kali terakhir dihubungi oleh ahli keluarga melalui panggilan telefon semasa sedang bekerja pada 12 Julai lalu.

Syahrul Asyraf sebelum ini dikatakan berdepan dengan tekanan akibat masalah kewangan sehingga terpaksa tinggal di dalam kereta.

 

Show More

Related Articles

Back to top button