Berita Semasa

Malaysia rakan dagang ASEAN terbesar pertanian Filipina

KUALA LUMPUR – Filipina memperakui kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang terbesar sektor pertanian negaranya di rantau ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar Filipina, Maria Angela Abrera Ponce ketika bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu dalam pertemuan mereka, kelmarin.

Pertemuan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini itu merupakan kali pertama diadakan sejak Angela mula bertugas di negara ini sejak hujung November 2023.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Nor Sam Alwi serta pegawai-pegawai KPKM dan Jabatan dan Agensi di bawah KPKM.

Angela turut memaklumkan, beliau diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Filipina untuk mengukuhkan kerjasama pertanian terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan dengan Malaysia.

Data perdagangan bagi tahun 2023 merekodkan nilai eksport dari Malaysia ke Filipina sebanyak RM5.41 bilion berbanding nilai import dari Filipina ke Malaysia sebanyak RM1.28 bilion seterusnya menyumbang kepada imbangan perdagangan positif kepada negara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pertanian antara Malaysia dengan Republik Filipina dari aspek perdagangan pertanian serta kerjasama teknikal dalam sub-sektor tanaman, ternakan dan perikanan.

Di akhir pertemuan, Mohamad turut menjemput Angela ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September ini dan mempelawa penyertaan pihak Republik Filipina dalam acara dwi-tahunan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button