Automatif & TeknologiBerita Semasa

Batik Air lancar penerbangan Subang-Pulau Pinang Ogos ini

KUALA LUMPUR – Batik Air mengumumkan pembukaan semula laluan penerbangan antara Subang SkyPark (SZB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) bermula 1 Ogos.

Penambahbaikan yang menawarkan jadual lebih fleksibel kepada penumpang itu akan dimulakan dengan tiga penerbangan mingguan dan ditingkatkan kepada perkhidmatan harian mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pembukaan semula laluan SZB – PEN adalah langkah strategik memperkukuh hubungan serantau dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

“Kemudahan SZB digabungkan dengan tarikan Pulau Pinang akan mewujudkan sinergi yang ideal untuk pengembara perniagaan dan rekreasi.

“Kami menjangkakan sambutan baik dan bersedia untuk meningkatkan kekerapan penerbangan secara harian untuk memenuhi keperluan penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chandran berkata, Batik Air akan menggunakan pesawat B737 untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik dengan tempat duduk yang lebih luas dan ruang kaki yang lebih besar, berbanding pesawat ATR yang digunakan sebelum ini.

“Dengan perkembangan ini. Subang SkyPark kini menjadi alternatif yang baik selain KLIA dengan memberikan kemudahan kepada lebih 8 juta penduduk Lembah Klang.

“Peningkatan kekerapan penerbangan dari SZB ke PEN akan memberikan penumpang fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar untuk perjalanan mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata, pembukaan semula laluan ini selaras dengan strategi Batik Air untuk mengembangkan rangkaian domestik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

“Batik Air berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak destinasi dari SZB dan merancang untuk ke Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching tidak lama lagi,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari laman web rasmi Batik Air di www.batikair.com.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button