Luar Negara

Bantah reformasi kuota, lebih 20 terbunuh semalam

DHAKA, Bangladesh – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh semalam di Bangladesh apabila polis melepaskan tembakan ke arah pelajar yang memprotes reformasi kuota di Dhaka dan beberapa lokasi lain di negara ini.

Menurut agensi Anadolu, 17 mangsa, kebanyakannya pelajar termasuk mereka yang bawah umur terbunuh apabila polis dan anggota parti politik yang tidak dinamakan, menyerang penunjuk perasaan.

Sementara itu, dua belas kematian baharu dicatatkan di Dhaka, manakala dua di Daerah Narsingdi, diikuti dua di bandar pelabuhan Chattogram dan satu di Daerah Madaripur, menurut akhbar tempatan Prothom Alo.

Seorang lagi mangsa terbunuh selepas terperangkap dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis awal pagi di kawasan Jatrabari, Dhaka. Dua lagi terbunuh di Dhaka, termasuk seorang wartawan.

Situasi di negara tersebut turut diburukkan lagi apabila Televisyen Bangladesh (BTV) yang dikendalikan kerajaan melaporkan bangunannya dibakar lewat semalam.

Beribu-ribu pelajar mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang telah dimansuhkan pada 2018.

Demonstrasi itu diadakan bagi menuntut perubahan kepada sistem itu, yang memperuntukkan 56 peratus daripada pekerjaan awam untuk kumpulan tertentu

Show More

Related Articles

Back to top button