Berita Semasa

2 kapal berlanggar, Maritim Malaysia lancar operasi Carilamat

TANJUNG SEDILI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden pelanggaran dua buah kapal awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, dalam pelanggaran itu kapal MT Hafnia Nile dengan MT Ceres 1 di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada
pukul 6.55 pagi hari ini.

Beliau berkata, berikutan insiden tersebut, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian.

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot Perkasa 29 bot Petir 12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian untuk tindakan Carilamat kedua-dua kapal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Maritim Malaysia mengerakkan Operasi Carilamat susulan pelanggaran dua kapal di Tanjung Sedili pagi tadi.

Jelas beliau lagi, aset Maritim Malaysia, bot Perkasa 29 telah tiba di lokasi insiden pada pukul 9.50 pagi dan menemui kedua-dua kapal tersebut.

Sementara itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

Pada masa sama, pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran.

 

Show More

Related Articles

Back to top button