Sampel DNA ibu Nur Farah Kartini akan diambil hari ini
SUNGAI BULOH – Pihak forensik akan mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibu kepada mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, hari ini bagi proses selanjutnya.
Difahamkan proses bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) telah selesai semalam.
Bagaimanapun punca sebenar kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu belum dapat dipastikan sehingga pihak polis menerima laporan analisa makmal.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan bedah siasat diklasifikasikan sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu siasatan makmal).
Terdahulu tinjauan Malaysia Tribune ke HSB mendapati ahli keluarga mangsa belum tiba.
Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Mayat mangsa yang berasal dari Sarawak itu ditemui kira-kira 6 petang di kawasan tidak jauh dari FELDA Gedangsa, Hulu Selangor.