Berita Semasa

Ahli Dewan Rakyat diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan

Selewat-lewatnya 11 Nov

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 Nov depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang gagal mematuhi permintaan tersebut, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen.

“Tanpa pengecualian. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat.

“Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta.

“Pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Yang Berhormat,” katanya sebelum sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button