Berita SemasaSukan

[VIDEO] Kim Pan-gon letak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan berikutan komitmen peribadi.

“Kepada penyokong bola sepak Malaysia, hari ini saya ada mesej yang sedih kepada semua. Saya telah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia atas sebab peribadi.

@malaysiatribune

Jurulatih bola sepak kebangsaan Kim Pan-goh letak jawatan atas urusan peribadi. MalaysiaTribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Saya minta maaf atas kedukaan ini dan memberi kesan kepada semua. Sejak saya hadir pada tahun 2022, rakyat Malaysia memberikan saya pengalaman yang indah kepada saya.

“Pada Jun 2022, kita berkongsi kenangan manis apabila Harimau Malaya layak ke Piala Asia sejak 43 tahun. Kita juga melonjak ke kelompok 130 terbaik dunia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengimbas semula kejayaan pasukan di Piala Asia, Kim Pan-gon menzahirkan rasa terima kasihnya kepada penyokong Malaysia yang telah memberikan sokongan padu sepanjang tempoh beliau memimpin pasukan.

Beliau juga menyenaraikan beberapa pencapaian penting yang telah diraih bersama pasukan, termasuklah kelayakan secara merit ke Piala Asia, keputusan seri dengan pasukan Korea Selatan yang mempunyai ranking tertinggi di Piala Asia dan peningkatan ranking Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

“Selain daripada pencapaian-pencapaian ini, saya juga telah meletakkan asas yang kukuh untuk pasukan ini mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” ujar Kim Pan-gon.

Beliau turut berterima kasih kepada Ultras Malaya dan Datuk Hamidin Mohd Amin atas sokongan yang tidak berbelah bagi.

Katanya, kontrak beliau sepatutnya tamat pada Disember 2025, namun beliau membuat keputusan untuk mengundurkan diri lebih awal.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan sepanjang karier beliau di Malaysia.

“Sepanjang hidup saya, saya akan sentiasa mengingati memori indah bersama Malaysia. Saya akan sentiasa menyokong Malaysia dan berbangga dengan Malaysia di mana jua saya berada,” tambahnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button