Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes Esha : pembantu rumah orang tua didenda RM100

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu rumah jagaan orang tua didenda RM100 selepas mengaku bersalah membuat kenyataan kesat bagi tujuan membangkitkan kemarahan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Shalini Periasamy, 35, dituduh melakukan perbuatan itu berhubung kes pembulian siber melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang bertindak membunuh diri baru-baru ini.

Hakim Mahkamah Majistret, Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap Shalini Periasamy, 35.

Shalini didakwa dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Polis sebelum ini mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan kes kematian Rajeswary Appahu atau dikenali Esha.

Pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia pada 1 Julai lalu sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Show More

Related Articles

Back to top button