Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut esok

bySUNGAI BULOH – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dituntut esok selepas proses bedah siasat dan pengecaman mayat selesai.

Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi berkata, terdapat prosedur yang masih belum selesai seperti pengecaman Deoxyribonucleic acid (DNA) dan beberapa lagi dijangka selesai esok.

Tinjauan Malaysia Tribune di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati ahli keluarga mangsa beransur pulang pada pukul 6.30 petang tadi.

Menurut polis, mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari.

“Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan pada mangsa dan masih terlalu awal untuk pihak polis mengenal pasti motif sebenar pelaku yang sanggup meragut nyawa wanita terbabit,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo Online.

Show More

Related Articles

Back to top button