Politik

ADUN Rembia masuk PAS

KUALA LUMPUR – PAS hari ini mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis menyertai parti itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keahlian Muhamad Jailani itu diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.

Jelas beliau, tindakan itu tidak dianggap sebagai lompat parti kerana pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai tahun lepas.

“Pada masa ini di Melaka belum ada undang-undang antilompat parti.

“Maknanya pada masa ini siapa nak tukar parti, sebagaimana seruan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Ketua Menteri Melaka) sebelum Julai, dia jemput ADUN PN sertai (blok kerajaan)

“Akan tetapi (sebaliknya) ADUN Kerajaan Perpaduan (Muhamad Jailani) telah memohon menyertai PN melalui PAS,” katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Dalam pada itu, penyertaan itu kini menjadikan PAS mempunyai seorang wakil dalam DUN Melaka sekali gus menjadikan tiga kerusi untuk pembangkang berbanding dua sebelum ini.

Dua lagi wakil Perikatan Nasional (PN) dalam DUN Melaka adalah Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

Dalam pada itu, Takiyuddin menyifatkan pengumuman penyertaan yang diadakan hari ini sebagai sebahagian strategi gabungan tersebut selain turut menegaskan ia adalah masa yang sesuai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button