Berita Semasa

Wanita kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran, meninggal dunia

MELAKA – Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, Azliha Ngah Ariffin, 40, yang beralamat di Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak meninggal dunia pada pukul 12.44 tengah hari tadi.

“Jenazah kini dalam proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian sama Khamis lepas, dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa di bangunan berkenaan.

Dalam kejadian itu, Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka, Azliha, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button