Sukan

Argentina juara Copa America 2024

MIAMI – Argentina mempertahankan gelaran Copa America 2024 setelah menewaskan Colombia 1-0 dalam aksi perlawanan akhir, di sini hari ini.

Jaringan pada minit ke-112 oleh pemain gantian, Lautaro Martinez sudah cukup buat merangkul trofi ketiga di pentas utama selepas bergelar juara dunia pada 2022 dan trofi Copa America pada 2021.

Dalam aksi di Stadium Hard Rock itu, Argentina agresif memulakan pertempuran itu di mana penyerangnya, Julian Alvarez hampir menjaringkan gol pada minit pertama namun tersasar.

Colombia pula sambung menghangatkan keadaan di stadium apabila Jhon Cordoba berpeluang meledak gol awal pada minit ke-16, tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Kedua-dua pasukan itu sambung berbalas serangan dan memburu gol sehingga tiba waktu rehat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua pula, bek tengah Tottenham Hotspur, Davinson Sanchez hampir mendahului Colombia pada minit ke-53, namun tandukannya gagal menemui sasaran.

Empat minit berlalu, Angel Di Maria hampir menyumbang gol pertama Argentina, tetapi percubaan terdesak beliau berjaya digagalkan penjaga gol, Camilo Vargas.

Pada minit ke-66, Argentina ditimpa situasi rumit apabila kapten, Lionel Messi terpaksa digantikan pemain sayap Fiorentina, Nicolas Gonzalez akibat tercedera.

Kemasukan Gonzalez kemudian memberi impak buat Argentina selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-79, namun ia dibatalkan kerana ofsaid.

Show More

Related Articles

Back to top button