Berita Semasa

Akta Saraan Hakim Syarie masih di peringkat cadangan – PM Anwar

PUTRAJAYA – Akta Saraan Hakim Syarie masih berada di peringkat cadangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, cadangan itu timbul bagi mewujudkan keseimbangan antara Skim Perkhidmatan Kehakiman Syariah dan Perkhidmatan Sivil, dan pada masa yang sama, memadamkan pandangan yang merendahkan status Hakim Syarie.

“Akta Saraan Hakim Syarie mengikut saraan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

Jadi insya Allah saya minta Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokthar) untuk menyegerakan RUU (Rang Undang-Undang) ini.

“Kita angkat supaya ada Akta Saraan Hakim Syarie agar dapat ditingkatkan. Saya mudah sahaja runding baik-baik, selesai,” ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama, Mohd Na’im dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri turut menambah, akta baharu berkenaan sekiranya diwujudkan, akan memberi kekuatan dan keberanian kepada Hakim Syarie.

“Dengan pelaksanaan itu sekali gus memartabatkan institusi Mahkamah Syariah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button