Berita Semasa

PM zahir rasa simpati terhadap nasib Donald Trump

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tercedera akibat ditembak baru-baru ini.

Beliau berkata, keganasan bukanlah solusi dalam penyelesaian suatu masalah.

“Kita baru dapat maklumat awal, apapun pendirian kita terhadap mana-mana tokoh, ini bukanlah cara penyelasaian.

“Oleh yang demikian kita lahirkan simpati kepada Donald Trump dan mengharapkan keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

Sebelum ini, Donald Trump dilaporkan cedera setelah ditembak lelaki tidak dikenali ketika sedang berkempen di bandar Butler, Pennsylvania, hari ini.

Menurut agensi Secret Service yang bertanggung jawab terhadap keselamatan beliau, penembak tersebut berjaya ditembak mati oleh unit anti penembak tepat mereka.

Dalam insiden itu, seorang penyokong kempen Trump turut terbunuh manakala dua lagi cedera dan berada dalam keadaan kritikal

Show More

Related Articles

Back to top button