Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Imigresen tahan 56 warga asing di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR – Seramai 56 orang warga asing ditahan dalam serbuan ke lima premis yang disyaki terlibat menyediakan perkhidmatan tidak bermoral di sekitar Bukit Bintang, di sini, baru-baru in i.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan yang disertai oleh pengawai penguatkuasa dari Pejabat Imigresen Putrajaya pada pukul 9.30 malam 10 Julai lalu itu adalah hasil aduan orang awam.

“Seramai 91 individu yang terdiri daripada 20 lelaki dan 41 perempuan warganegara asing serta 30 warganegara tempatan telah diperiksa dalam operasi ini.

“Hasilnya, 56 orang yang terdiri daripada warganegara Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan berumur di antara 20 hingga 50 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Turut ditahan, dua orang warganegara tempatan yang dipercayai sebagai penjaga premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, lokasi serbuan yang merupakan premis kedai dua tingkat agak mencabar kerana laluan masuk ke kawasan premis yang sesak dengan pelancong dan kenderaan.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warganegara asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral yang berselindung di sebalik
perkhidmatan rumah urut di kawasan tumpuan pelancong tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport
1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, sesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button