Luar Negara

Cubaan bunuh Trump, penembak ditembak mati

BUTLER, Pennsylvania – Siasatan insiden tembakan ke atas bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diklasifikasikan sebagai ‘cubaan membunuh’ dan dikendalikan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Menurut biro berkenaan, pihaknya merupakan pihak berkuasa persekutuan yang akan mengendalikan siasatan kes berkenaan.

Dalam insiden berkenaan, Trump dilaporkan cedera di telinga kanannya dipercayai akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang penembak yang belum dikenal pasti.

Laporan awal menyebut, penembak yang bersenjatakan raifal ‘berbentuk AR15’ melepaskan kira-kira lapan das tembakan ke arah Trump ketika beliau sedang berucap.

Suspek berkenaan kemudiannya berjaya ditembak mati oleh unit anti-penembak tepat agensi Perkhidmatan Rahsia yang bertanggung jawab terhadap keselamatan bekas presiden AS itu.

Turut dilaporkan, seorang penonton terbunuh manakala dua lagi tercedera.

Show More

Related Articles

Back to top button