Berita SemasaSukan

Copa Amerika: Uruguay raih tempat ketiga

CHARLOTTE, Amerika Syarikat – Uruguay berjaya menewaskan Kanada menerusi penentuan penalti untuk meraih tempat ketiga Copa America selepas seri 2-2 dalam perlawanaan di Stadium Bank of America, Charlotte, hari ini.

Pemain Kanada, Ismael Kone menyaksikan sepakan lemahnya diselamatkan penjaga gol, Sergio Rochet diikuti ‘sepakan Panenka’ Alphonse Davies terkena palang bagi membolehkan Uruguay menang penentuan penalti tersebut, 4-3.

Di babak pertama, Rodrigo Bentancur membuka jaringan untuk Uruguay pada minit kelapan, tetapi Kone menyamakan kedudukan dengan jaringan akrobatik, 14 minit kemudian.

Kanada kemudiannya mendahului permainan pada minit ke-80 menerusi jaringan Jonathan David, yang membuat tindakan susulan selepas Rochet menepis percubaan jarak jauh Kone.

Uruguay bagaimanapun berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti menerusi penjaring terbanyak sepanjang zamannya, Luis Suarez, yang menyempurnakan hantaran lintang Jose Maria Gimenez untuk gol antarabangsa ke-69 dirinya.

Esok, juara bertahan, Argentina akan bertemu Colombia di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida untuk penentuan kejuaraan.

Show More

Related Articles

Back to top button