Jenayah & Mahkamah

Tunggang motosikal secara berbahaya: Seorang lelaki direman

BANGI – Pihak polis telah menahan reman seorang lelaki selepas disyaki menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di Jalan Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang memaparkan suspek melakukan aksi berkenaan pada pukul 7.24 malam, kelmarin.

“Bertindak di atas rakaman video tular tersebut, pihak polis berjaya mengesan dan membuat tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu berumur 22 tahun.

“Suspek telah direman selama sehari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melakukan kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Dalam pada itu, beliau menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu untuk menghubungi pihaknya di talian 011- 33210917.

“Pihak polis menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah, tidak melakukan aksi-aksi bahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain serta sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button