Berita SemasaPM X

ASEAN 2025: PM yakin Malaysia akan jadi tuan rumah terbaik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Beliau yakin dengan kerjasama yang utuh melibatkan semua pihak, Malaysia mampu menganjurkan acara itu dengan cemerlang kepada semua delegasi terlibat.

“Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persedian rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya malam tadi.

Sebelum itu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam berkata, Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2025 akan menetapkan tiga tonggak utama iaitu keselamatan dan politik, ekonomi dan sosiobudaya.

Katanya, pelbagai persiapan sudah dimulakan antaranya penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau persiapan substantif dan logistik bagi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button