Jenayah & MahkamahLuar Negara

Serangan peluru berpandu Israel bunuh 29 penduduk Gaza

GAZA – Seramai 29 orang meninggal dunia dalam serangan peluru berpandu tentera Israel ke atas sebuah sekolah di Abassan, timur Khan Younis, kelmarin.

Hentaman bom berlaku ketika warga Palestin berkumpul dalam perlawanan bola sepak di sekolah berkenaan.

Saksi Ghazzal Nasser berkata, mangsa yang sedang menonton perlawanan bola sepak tiba-tiba dikejutkan dengan dentuman kuat dan dia melihat ramai yang cedera dan mati.

“Saya menyaksikan orang terpelanting dan anggota badan berselerak, darah,” katanya kepada Reuters di Abassan.

Katanya, serangan berlaku secara spontan ketika orang ramai yang menjadikan sekolah itu sebagai tempat perlidungan.

“Semuanya normal. Orang bermain, yang lain membeli dan menjual makanan dan minuman. Tiada bunyi kapal terbang atau apa-apa,” katanya.

Tentera Israel berkata, pihaknya sedang mengkaji laporan bahawa ramai orang awam maut dalam serangan itu.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika mereka menyerang seorang pejuang Hamas yang terllibat dalam serangan 7 Oktober ke atas Israel.

Show More

Related Articles

Back to top button