Berita SemasaPolitik

RUU Mufti WP: Berhujah dengan fakta bukan emosi – Menteri Agama

PUTRAJAYA – Sebarang diskusi atau debat mengenai polemik Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 haruslah berlandaskan fakta dan ilmu pengetahuan, bukan emosi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, meskipun ada pihak yang menyokong RUU ini, terdapat juga yang memberi pandangan dan hujah dengan penuh emosi dan kemarahan.

“Saya menghargai ada pihak luar yang menyokong dan membantah, itu tidak mengapa. Saya berharap perbincangan yang dilakukan harus berasaskan fakta dan ilmu pengetahuan, bukan emosi.

“Saya juga berharap dalam kita menghormati hujah yang dikemukakan, biarlah dengan akhlak yang baik. Kadangkala saya lihat ada yang terlalu emosi dan marah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim hari ini.

RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 adalah salah satu daripada tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

RUU tersebut bertujuan untuk memberikan takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang dari sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Walau bagaimanapun, PAS dilaporkan berpendapat RUU tersebut perlu dikaji dengan lebih mendalam kerana terdapat banyak mazhab dalam Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button