Berita SemasaPM X

Perdana Menteri terima kunjungan Menteri Luar Negeri Uzbekistan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, beliau sempat membincangkan usaha meningkatkan hubungan dagangan antara Malaysia dengan Uzbekistan.

“Hari ini saya telah menerima Kunjungan Hormat oleh TYT Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Negeri Republik Uzbekistan yang dalam rangka Lawatan Rasmi sehari ke Malaysia.

“Kami berkesempatan membincangkan keadaan hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan susulan hasil lawatan rasmi saya ke negara itu pada Mei lalu,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, perbincangan turut menyentuh
usaha mengukuhkan kerjasama dua hala terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi, industri minyak dan gas, sektor kesihatan dan pelancongan di samping kerjasama pelbagai hala antara ASEAN dan Uzbekistan.

“Saya turut mengulangi jemputan untuk Presiden Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button