Berita Semasa

Perdana Menteri seru rakyat hayati konsep pembaharuan dalam ‘Maal Hijrah’

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat negara ini untuk menterjemahkan konsep hijrah dan pembaharuan dalam anjakan pemikiran sempena sambutan Maal Hijrah kali ini.

Anwar berkata, penghayatan itu penting kerana berkait rapat dengan usaha memperkasakan negara dan rakyat melalui konsep Malaysia Madani.

“Hijrah Nabi Muhammad SAW itu menunjukkan masyarakat Islam itu dinamik, selalu menuntut ke arah tajdid dan islah (pembaharuan),” katanya dalam ucapan merasmikan Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, hari ini.

Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bukanlah sesuatu yang berlaku secara spontan, tetapi melalui persiapan yang begitu rapi.

“Hijrah itu ada kerangka persiapannya, yakni kita kena ingat terutama bagi umat Islam yang saya percaya boleh dimanfaatkan juga oleh rakan-rakan kita yang bukan Islam.

“Iaitu ada persiapan, latihan, keyakinan, akhlak dan nilai serta disiplin seperti mana yang terangkum dalam surah-surah awal dalam al-Quran seperti al-Muddasir dan al-Muzammil,” jelasnya.

Anwar menegaskan masyarakat perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah dan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian untuk mencapai kemajuan kepada negara.

Show More

Related Articles

Back to top button