Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemandu lawan arus kerana patuh arahan aplikasi GPS

SEREMBAN – Seorang pemandu lori yang memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, di sini semalam menyalahkan arahan diterima melalui aplikasi GPS yang digunakannya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, seorang pemandu lori ditahan selepas rakaman video sebuah lori dipandu secara melawan arus tular petang semalam.

Beliau berkata, bertindak kepada video berkenaan, polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban telah mengesan suspek.

“Ia membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 54 tahun iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori di Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mengaku tidak tahu bahawa laluan yang digunakan adalah laluan sehala kerana mengikut arahan dari aplikasi yang digunakan.

“Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Mohamad Hatta berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menyalurkanny kepada Sarjan Mohamad Azmi ditalian013-4288599.

Show More

Related Articles

Back to top button