Berita SemasaSukan

Ramon Machado sah tamatkan kontrak bersama Sabah FC

KOTA KINABALU – Pasukan bola sepak, Sabah FC hari ini mengumumkan pemain import penyerang, Ramon Machado akan menamatkan kontraknya bersama pasukan itu sekali gus mengesahkan khabar angin mengenainya.

Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Wid berkata, keputusan tersebut telah dibuat secara rasmi hasil daripada pertimbangan bersama antara pemain dan pihak pengurusan kelab.

“Secara rasminya memaklumkan Ramon Machado akan menamatkan kontrak bersama Sabah FC.

“Bagi pihak kelab dan seluruh warga Sabah FC, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ramon atas sumbangan beliau terhadap pasukan yang kita cintai ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, penyerang yang berasal dari Brazil itu, telah menambat hati penyokong The Rhinos sejak hari pertama beliau beraksi di Stadium Likas.

Tambahnya, kemahiran unik pemain tersebut dalam perlawanan telah membuat Ramon disayangi oleh penyokong kelab itu.

“Sudah pasti kita akan merindui gerakan pantas dan lincah Ramon di padang dalam mencipta gol-gol cantik serta memberikan bantuan gol,” katanya.

Dalam pada itu katanya, walaupun kehilangan Ramon, beliau turut meyakinkan penyokong Sabah FC bahawa perjuangan mereka akan diteruskan.

“Bola sepak adalah sukan berpasukan. Saya menaruh penuh keyakinan pada semua pemain yang ada akan terus menggalas tugas membawa cabaran seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mendoakan Ramon dan keluarganya, selamat kembali ke kampung halaman dengan membawa kenangan indah sepanjang mereka berada di Sabah.

“Semoga Ramon dan keluarganya terus maju jaya di masa hadapan,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button