PM X

PM Anwar, Ustaz Abdul Somad tunai solat Jumaat bersama

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pendakwah Nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Seri Kembangan hari ini.

Pendakwah selebriti itu juga dilihat menaiki kenderaan rasmi Perdana Menteri untuk pulang bersama selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi tinjauan media sosial, Ustaz Somad yang berasal dari Sumatera Utara itu kini dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut sempat menyantuni orang ramai yang bersesak-sesak untuk bersalam dengan beliau.

Perdana Menteri juga sempat berdiri dari kenderaaan untuk melambai kepada jemaah yang hadir.

Show More

Related Articles

Back to top button