Berita Semasa

MCMC rakam percakapan pengendali blog TukarTiub

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selesai merakam percakapan aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais bagi membantu siasatan berkaitan kandungan bersifat jelik di blog ‘TukarTiub’ miliknya.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, rakaman percakapan itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibuat di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang, semalam.

“MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan

“MCMC ingin menjelaskan bahawa Hishammuddin bukan subjek siasatan, sebaliknya siasatan dibuat berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya,” kata MCMC dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambah MCMC lagi, siasatan selesai pada pukul 6.45 petang dan tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat.

“MCMC menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button