Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kastam Sarawak tumpas penyeludupan dadah RM2.5 juta

MIRI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menumpaskan sindiket pengedaran dadah melalui rampasan 24 kotak seberat 49.3 kilogram yang mengandungi bahan dipercayai ketamin.

Rampasan itu adalah hasil daripada maklumat risikan Ibu Pejabat JKDM Putrajaya yang disalurkan oleh Zon Risikan Sarawak.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata, rampasan itu kotak kiriman kargo udara mengandungi dadah yang dianggarkan bernilai RM2,465,900 itu dilakukan pada pukul 8 malam, 27 Jun lalu.

Menurut Norizam, pihaknya terdiri daripada pegawai Kastam daripada Unit Narkotik Kastam Stesen Miri berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun ketika menuntut barang kiriman tersebut.

“Pemeriksaan awal ke atas kenderaan berkenaan telah membawa kepada penemuan 24 kotak yang diikrar sebagai bahan asas untuk pembuatan sabun asas yang telah dimampatkan di bahagian bonet kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, barang kes beserta kereta tersebut telah disita di bawah Seksyen 30 ( 1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi siasatan lanjut.

“Suspek dituduh di Mahkamah Miri dan direman bermula 28 Jun 2024 hingga 03 Julai 2024,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta hukuman sebat tidak kurang dari 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Show More

Related Articles

Back to top button