Berita Semasa

Zainal Rampak meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.55 pagi ini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor dalam satu kenyataan berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kerana jasa dan sumbangannya yang besar kepada kesatuan sekerja di negara ini.

“Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau kerana memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

“Di peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004,” katanya.

Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari tahun 1986 hingga 2004.

Show More

Related Articles

Back to top button