Berita Semasa

PM ziarah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di hospital

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Rahman yang sedang menerima rawatan di hospital.

Perdana Menteri yang memuat naik beberapa keping gambar ziarah tersebut turut mendoakan supaya beliau diberikan kesembuhan segera.

“Dalam sela-sela jadual padat dan tugasan rasmi, saya sempat menziarahi Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO, saudara Rozaid Rahman yang sedang menerima rawatan di hospital.

“Mendoakan agar beliau diberi kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Rozaid Rahman di hospital. Kredit foto Facebook Perdana Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button