Berita SemasaSukan

Kontinjen Olimpik negara guna pakaian ciptaan Rizman Ruzaini

KUALA LUMPUR – Baju Melayu akan menjadi inspirasi utama bagi pakaian rasmi kontinjen negara yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini untuk perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris pada 26 Julai ini.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengesahkan perkara itu, lapor The Star.

Menurutnya, ia akan dimaklumkan kepada orang awam dalam masa yang terdekat.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Terdahulu, pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Susulan itu, MOM tampil memperkenalkan rekaan baharu dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi itu.

Show More

Related Articles

Back to top button