Jenayah & Mahkamah

Fahmi Fadzil kutuk gangguan seksual terhadap wartawan wanita

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita sewaktu membuat liputan dalam satu majlis perjumpaan pemimpin di Sungai Kechil, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

“Saya telah menerima maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada wartawan berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci serta telus.

“Pihak yang melakukan kesalahan perlu segera dibawa ke muka pengadilan. Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali, apatah lagi ketika pengamal media sedang menjalankan tugas,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang wartawan wanita diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang memakai pakaian sebuah parti politik Ketika membuat liputan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Susulan itu, wanita tersebut telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Show More

Related Articles

Back to top button