Berita SemasaPM X

Rasionalisasi subsidi RON95 tidak dilaksanakan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 dalam jangka mas aterdekat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini kerana belum ada kertas dasar yang dibentangkan ke Kabinet bagi tujuan itu.

“Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95) dengan cepat. Ada kajian dari dulu, tetapi kita fikir lebih baik lihat dulu langkah (penyasaran) ke atas elektrik dan diesel.

“Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat.

“Barulah (selepas itu) kita sedia berunding apakah (ada) keperluannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.

Show More

Related Articles

Back to top button