Berita SemasaPM X

Kerajaan terus laksanakan amanah walau berdepan kritikan dan kecaman

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANi akan terus melaksanakan amanah diberikana walaupun sentiasa berdepan kritikan dan kecaman.

Perdana Menteri, Datuk Sei Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaanharus bersikap berani dan bertanggungjawab dalam mengambil tindakan.

Memberi contoh apa yang dihadapinya dalam melaksanakan penyasaran subsidi serta memerangi rasuah dengan tegas, Anwar berkata, usaha itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi selepas hasil negara tiris, disakau dan dicuri.

“Subsidi disalurkan tidak sampai kepada golongan sasar. Soal diesel kita tahu, penyeludupan itu berleluasa, itu sudah rahsia umum puluhan tahun, kita bantu nelayan, tapi ada yang menggunakannya, menjual kepada nelayan asing.

“Kita tahu di kiosk petrol di sempadan itu penuh dengan pengambilan, pembelian hasil subsidi untuk kegunaan negara lain. Apakah itu tidak merisaukan? Sudah tentu ia merisaukan,” katanya ketika menyampaikan dalam amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

“Sebab itu saya kata, dalam sistem negara yang memberikan ruang dan kebebasan, harus ada bukan sahaja pimpinan politik, tetapi penjawat awam, pimpinan swasta, pimpinan kreajaan, termasuk agensi, penting untuk mengambil sikap berani dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button