Berita Semasa

Pemangku Raja Perlis dijangka rasmi Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dijangka akan merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) dan Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 di Kompleks Pengkalan Asam, Kangar Perlis, 5 Julai ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, sambutan yang julung kali diadakan di Perlis itu akan dikuti oleh negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Jelasnya, pemilihan Perlis sebagai lokasi Hari Koperasi Negara yang berlansung semalam tiga hari bermula 5 hingga 7 Julai ini adalah bertepatan dengan Tahun Melawat Perlis 2024.

“Selama ini belum ada lagi agenda atau program besar SKM yang diadakan di Perlis maka kita jadikan ini sebagai satu landasan untuk membolehkan program ini diadakan di utara tanah air,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sesi Meet and Greet: SKM x Media di Ibu Pejabat SKM di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar.

Mengulas lanjut, Ahmad Norihan berkata, kira-kira 5,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan HKN 2024 dengan sasaran jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tiga hari penganjurannya di Perlis.

“Kehadiran itu dijangka akan melimpah kerana acara ini diadakan buat julung kalinya di sebelah utara jadi kita melihat negeri-negeri di sana akan hadir dan sasaran RM3 juta itu juga mampu dicapai,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, BKK merupakan satu inisiatif SKM bagi mempromosikan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh SKM dan gerakan koperasi di seluruh negara bagi membantu mengembangkan ekonomi koperasi dan usahawan.

Objektif utama penganjuran BKK dan HKN adalah bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada gerakan koperasi terutamanya terhadap sumbangan dan peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, ia juga dijadikan medan untuk mempromosikan konsep, produk dan perkhidmatan koperasi kepada orang ramai dan memperlihatkan pencapaian dan kejayaan gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial kepada masyarakat.

Dalam pada itu, tema penganjuran bagi BKK dan HKN Peringkat Negeri bagi tahun 2024 adalah menggunakan tema yang sama seperti tahun lau iaitu “Malaysia Madani Teras Kecemerlangan Koperasi”.

@malaysiatribune

Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dijangka akan merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Koperasi Kebangsaan dan Hari Koperasi Negara 2024 di Kompleks Pengkalan Asam, Kangar Perlis, 5 Julai ini. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, sambutan yang julung kali diadakan di Perlis itu akan dikuti oleh negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Jelasnya, pemilihan Perlis sebagai lokasi Hari Koperasi Negara yang berlansung semalam tiga hari bermula 5 hingga 7 Julai ini adalah bertetapan dengan Tahun Melawat Perlis 2024. #malaysiatribune #koperasi #skm #perlis

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button