Berita Semasa

Amaran hujan, ribut petir di empat negeri

CYBERJAYA – Hujan dan ribut petir disertai angin kencang diramal melanda empat negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, bagi Kedah, kawasan diramal terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena, manakala di Johor pula adalah kawasan Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran turut meliputi seluruh negeri Perlis, manakala bagi Pahang, kawasan Rompin dijangka terlibat,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya, hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir (ini) adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button